Thursday, September 1, 2016

Thursday, November 12, 2015

All The Best In SPM 2016

Semoga terus cekal dan maju !

Wednesday, June 4, 2014

STPM vs Matrikulasi vs Diploma IPTA ?

Kelebihan Tingkatan Enam

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah;

  • STPM diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas itu sudah baik. Pointer yang diperlukan bagi STPM bagi kegunaan kemasukan ke ijazah pertama juga lebih rendah berbanding kursus Matrikulasi, Diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. 
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung kepada subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia! Entahlah tetapi kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang. Maksudnya anda boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan.


Taraf Sijil STPM


Setiap subjek lulus prinsipal akan mendapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK. Taraf A-Level ni sangat tinggi, diploma pun belum bertaraf A-Level, STPM sudah mendahului. Taraf soalannya juga  sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level, peperiksaan yang disediakan di Britain untuk pelajar mereka bagi kemasukan ke luar negara. 

Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM- Junior Cambrige. Ada juga disamakan dengan  High School Certificate(HSC) dan High School Diploma di US. STPM sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Lagi satu sijil STPM laku juga di luar negara dan boleh digunakan untuk bekerja dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia.


Pembelajaran Di Tingkatan 6

Subjek dalam STPM mempunyai ruang lingkup yang sangat luas, menuntut kesabaran dan lebih praktikal.


Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insya-Allah pasti berjaya kelak.


Selaraslah dengan kerajaan mahu menjadikan atau menjenamakan semula Tingkatan Enam seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Tingkatan Enam meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran dan cara belajar.


Sukatan Pelajaran

Tingkatan Enam kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.


Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh guru Tingkatan Enam yang pakar dalam bidangnya.


Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.


(sumber untuk Tingkatan Enam kebanyakan diambil dan diubahsuai daripada eputra.com )

Program Matrikulasi dan Asasi

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 425 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 375 untuk jurusan Perakaunan (PST). Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. 

Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. 

Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong'.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. 

Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma ke IPTA Melalui UPU

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. 

Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.


Pilihan Anda

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, 
kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Monday, May 19, 2014

Tuesday, April 15, 2014

Apakah Tujuan Kewujudan Standard Perakaunan?


Pembuatan  suatu standard mungkin dapat memberi manfaat kepada sesuatu pihak, namun ada juga yang dapat merugikan pihak lain. Hal ini merupakan suatu bentuk pilihan sosial. Pilihan ini mendorong pihak yang bertanggungjawab meletak standard dengan mengadaptasi proses politik dalam rangka memperoleh akomodasi. Apabila kebajikan sosial dijadikan kriteria dalam penerimaan sesuatu standard, maka satu persoalan serius akan muncul yang berhubungan dengan legitimasi keanggotaan dewan peletak standard yang tidak melalui pemilihan. Persoalan ini menjadi penentu  kepada pendekatan yang betul dalam polisi perakaunan. Dua pendekatan yang wujud ialah:
a)                  Pendekatan penyediaan kebenaran ( Representational faithfulness approach)
b)                  Pendekatan konsekuensi ekonomi ( Economic consequences approach)
Pendekatan pertama memerlukan  laporan yang neutral dan berusaha untuk mencapai penyediaan laporan yang benar melalui proses perletakan standard. Dalam pendekatan seperti itu, perakaunan dapat dibandingkan dengan pembuatan peta kewangan yang mana peta-peta tersebut harus tepat dan benar. Pendekatan kedua pula lebih menekankan kepada penggunaan standard dengan konsekuensi ekonomi yang baik berbanding konsekuensi ekonomi yang buruk. Dalam pendekatan ini, standard yang digunakan harus memiliki pengaruh positif atau sekurang-kurangnya tidak memiliki pengaruh negatif terhadap kebajikan sosial. Perbezaan kedua-dua pendekatan ini  ialah apabila konsekuensi ekonomi yang hendak dicapai, maka para pembuat polisi perakaunan harus menyediakan petunjuk maklumat yang dapat memberi panduan kepada para pengguna maklumat dalam pembuatan keputusan. Secara pragmatik, pengaruh ini wujud di kalangan pembuat polisi yang bertindak sebagai pembuat keputusan. Namun, apabila tujuan yang hendak dicapai adalah pengukuran yang berorientasikan pada manfaat, maka para  pembuat polisi perakauanan harus menyediakan maklumat yang dapat mempermudahkan proses pembuatan keputusan. Secara pragmatik, apabila maklumat yang disediakan wajar dan didasarkan pada keperluan pengguna, maka para pengguna dapat bertindak sebagai pembuat keputusan.

Monday, August 12, 2013

Gaji Lumayan Akauntan Bertauliah

BESUT- Kerjaya sebagai akauntan bertauliah boleh menjanjikan masa depan cerah kerana bakal memperoleh pendapatan tinggi mengatasi kerjas lain.

Naib Presiden Institut Perakaunan Malaysia (MIA), Abdul Rahim Abdul Hamid berkata, dalam kalangan Ketua Pegawai Eksekutif atau akauntan bertauliah di negara ini sekarang, ada yang berpendapatan mencecah sehingga RM5 juta setahun atau RM500,000 sebulan.

Menurutnya, lebih ramai yang menerima pendapatan atau gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan dan ada di kalangan mereka dari golongan Bumiputera.

Bagaimanapun kata beliau, bilangan orang Melayu yang mengambil jurusan perakuan dan menjadi akauntan bertauliah masih rendah berbanding kaum lain.

“Kita ada seramai kira-kira 30,000 orang akauntan, tetapi daripada jumlah itu tidak sampai 7,000 akauntan Melayu yang bertauliah atau meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan, sedangkan bidang ini mempunyai masa depan cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Pelajar Akaun anjuran MIA yang dikendalikan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Keluang Beach Resort di sini.

Persidangan membabitkan hampir 300 penuntut perakaunan dari 14 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dirasmikan Timbalan Naib Canselor UMT, Prof Dr Yahya Ibrahim mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Abdul Rahim berkata, penyertaan kaum lelaki dalam bidang ini juga jauh lebih rendah berbanding wanita, iaitu nisbah 60 peratus wanita dan 40 peratus lelaki, sedangkan kerjaya sebagai seorang akauntan menuntut pengorbanan masa yang lebih.

“Sebab itu ramai lulusan perakaunan tidak memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka, sebaliknya memilih pekerjaan lain di sektor swasta atau kerajaan selain ada yang bekerja dalam bidang ini separuh jalan,” katanya.

Wartawan Sinar Harian
11 November 2012

University Ranking in Malaysia


Sunday, June 10, 2012

iPhone Bercakap

KEPADA peminat produk Apple Inc yang menunggu kemunculan iPhone 5 pastinya kecewa selepas syarikat itu hanya mengumumkan model iPhone 4 yang dipertingkatkan untuk pasaran global bulan ini.

Bagaimanapun, dengan beberapa ciri baru yang diketengahkan menerusi iPhone 4S, peminat setia produk itu tidak seharusnya terlalu kecewa kerana Apple menggunakan prosesor lebih bertenaga untuk sistem pemprosesan lebih pantas.
Model terbaru ini menggunakan cip A5 dua teras yang mampu menawarkan prestasi kuasa pemprosesan dua kali ganda lebih laju dan penyampaian grafik tujuh kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.
Malah, cip A5 dua teras yang digunakan mampu memberikan tindak balas lebih cekap dan cepat, sehinggakan perbezaan ketika aplikasi dibuka atau pelayaran internet dilakukan tidak dirasai.

Kebimbangan kuasa bateri iPhone 4S akan kehabisan tidak timbul apabila cip yang menggunakan kurang tenaga itu disokong sistem operasi IOS 5 yang mampu menguruskan sistem bateri binaan dalamannya dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu, anda boleh terus membuat panggilan, menyemak e-mel, memainkan video dan melayari internet dengan lebih lama.

iPhone 4S juga didatangkan dengan ciri kamera yang dipertingkatkan kepada 8 megapiksel bersama sistem fokus automatik, flash, lensa bukaan f/2.4 dan pengesan CMOS lampu belakang bagi membenarkan penerima 73 peratus cahaya berbanding model sebelumnya.
Menurut Apple, kamera baru pada iPhone 4S mampu beroperasi 33 peratus lebih laju berbanding kamera pada iPhone 4. Ciri penapis IR hibrid pada model terbaru iPhone itu memastikan ketetapan warna imej yang diambil sama seperti gambar asal yang dirakamkan.

Reka bentuk dan saiz iPhone 4S adalah serupa dengan iPhone 4 kecuali beratnya yang bertambah sebanyak lima gram.

Apple juga menampilkan sistem dwi antena pada iPhone 4S bagi meningkatkan kualiti panggilan dan mengatasi kelemahan yang menghantui model sebelumnya.

Satu ciri menarik yang dilengkapi pada iPhone 4S adalah aplikasi “pembantu peribadi” yang dikenali sebagai Siri yang membolehkan anda memberi arahan suara untuk iPhone melaksanakan tugas seperti penghantaran pesanan ringkas, e-mel, peringatan jadual mesyuarat , penggera dan membuat panggilan.

Walaupun ia masih di dalam format Beta, teknologi yang pada awalnya sebahagian daripada program “Personal Assistant that Learns” oleh Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) itu masih mampu menerima arahan percakapan anda, memahaminya dan memberikan maklum balas setiap tugasan yang diberikan.

Selepas ini, usah berasa pelik apabila melihat pemilik iPhone 4S akan lebih banyak bercakap dengan telefon masing-masing daripada menyentuh skrinnya.
Oleh Zef Othman
zefbh@gmail.com

Sifat-sifat Standard Perakaunan

Standard perakaunan mendominasi tugas-tugas akauntan yang mana standard-standard tersebut terus menerus berubah, dihapus atau ditambah sama ada di Amerika Syarikat atau di negara-negara lain. Standard ini memberikan petunjuk yang praktikal dan mudah yang berkaitan dengan tugas-tugas akauntan. Standard secara umum diterima sebagai peraturan firma untuk memberi kebenaran kepada sesuatu yang tiada penyesuaian. Standard perakaunan biasanya terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
a)                  satu deskripsi kepada masalah yang hendak diatasi
b)                  suatu sebab perbincangan atau jalan untuk selesaikan masalah
c)                  selari dengan keputusan dan teori, ianya menentukan penyelesaian
Secara umumnya, standard perakaunan membatasi bahagian ketiga terutamnya standard pengauditan yang mana ianya menimbulkan banyak kontroversi berkenaan dengan ketiadaan teori sokongan dan ketiadaan  pendekatan yang jelas digunakan. Umumnya standard yang ada hanya sampai bahagian satu dan bahagian dua dengan sokongan teori yang sangat ringkas dalam memberi petunjuk kepada tindakan yang dilakukan. Berkait dengan masalah utama yang dihadapi standard, Edey membahagikan keperluan  standard kepada empat jenis yang utama iaitu:
a)                  menyatakan bahawa akauntan harus melaporkan kepada orang ramai tentang apa yang mereka lakukan dengan mendedahkan pendekatan-pendekatan dan andaian-andaian yang digunakan.
b)                  matlamat kepada pencapaian keseragaman dalam persembahan atau penyediaan pernyataan perakaunan.
c)                  melakukan pendedahan terhadap hal-hal khusus di mana para pengguna diminta untuk melakukan pengujian terhadap penilaian yang dibuat.
d)                 memerlukan pembuatan keputusan secara eksplisit dan implisit tentang persetujuan penilaian aset dan penetapan pendapatan.
Terdapat  beberapa sebab atau pertimbangan dalam penetapan standard yang harus diperhatikan iaitu:
a)                  standard dapat menyediakan maklumat tentang kedudukan kewangan, prestasi dan aktiviti firma kepada seluruh pengguna maklumat perakaunan. Maklumat-maklumat ini dianggap jelas, konsisten, boleh dipercayai dan boleh dibandingkan.
b)                  dapat menyediakan akauntan awam dengan panduan dan peraturan tindakan untuk membolehkan mereka membuat pengujian secara berhati-hati dan bebas apabila menggunakan keahlian dan integritinya dalam mengaudit laporan firma serta membuktikan kewajaran laporan tersebut.
c)                  dapat menyediakan pangkalan data dengan pelbagai variabel yang penting kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan menguruskan hal percukaian, undang-undang perniagaan, perancangan dan undang-undang ekonomi  dan meningkatkan kecekapan ekonomi serta matlamat sosial yang lain.
d)                 standard menghasilkan prinsip dan teori yang penting bagi seluruh pihak yang berkepentingan dalam disiplin ilmu perakauanan. Penggunaan standard menimbulkan banyak kontroversi dan perdebatan baik dalam lingkungan praktik ataupun akademik yang mana ianya sebuah keadaan yang lebih baik daripada tidak mempedulikannya(sikap yang apatik).

Apa itu GAAP?

GAAP adalah singkatan dari Generally Accepted Accounting Principles atau Prinsip-prinsip  piawaian perakaunan yang diterima umum. GAAP adalah  standard umum akauntansi dan perusahaan yang telah dikembangkan selama bertahun-tahun, dan yang digunakan oleh perniagaan untuk mengatur informasi kewangan mereka menjadi catatan transaksi akuntansi yang ringkas dalam pelaporan kewangan.
                Salah satu alasan untuk menggunakan GAAP adalah agar pembaca laporan kewangan di beberapa perusahaan memiliki dasar yang memadai untuk perbandingan, kerana semua perusahaan yang menggunakan GAAP telah membuat laporan kewangan dengan menggunakan tatacara yang sama.  
Antara perkara yang termasuk dalam susunan GAAP ialah:

1. Laporan kewangan 
2. Aktiviti
3. Kewajipan
4. Keadilan
5. Pendapatan
6. Beban
7. Penggabungan usaha
8. Derivatif dan lindung nilai
9. Nilai wajar
10. Mata wang asing
11. Sewa
12. Non
 moneteri  transaksi
13. Kejadian setelah pelaporan kewangan


GAAP--"generally accepted accounting principles"--are a common set of accounting rules, standards and procedures. They are used to prepare, present and report financial statements for publicly traded and privately held companies, nonprofit entities and federal and state governments in the United States. GAAP are not written in law, but are a combination of authoritative standards set by policy boards that help creditors, investors and auditors make better financial decisions. These decisions help the economy run more efficiently.

Sunday, June 13, 2010

Format Pentaksiran SPM Prinsip Perakaunan 2011

Disertakan Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan mulai Tahun 2011.
Sila Muat Turun di sini.

Sunday, February 28, 2010

Saturday, February 27, 2010

Modul Prinsip Perakaunan

Modul Prinsip Perakaunan untuk bacaan tambahan pelajar Tingkatan 4 selaras dengan semakan semula kurikulum Tahun 2010.

Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2010

Sukatan baru Prinsip Perakaunan 2010 digunakan mulai Tahun 2010 bagi pelajar Tingkatan Empat.