Sunday, June 10, 2012

Sifat-sifat Standard Perakaunan

Standard perakaunan mendominasi tugas-tugas akauntan yang mana standard-standard tersebut terus menerus berubah, dihapus atau ditambah sama ada di Amerika Syarikat atau di negara-negara lain. Standard ini memberikan petunjuk yang praktikal dan mudah yang berkaitan dengan tugas-tugas akauntan. Standard secara umum diterima sebagai peraturan firma untuk memberi kebenaran kepada sesuatu yang tiada penyesuaian. Standard perakaunan biasanya terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
a)                  satu deskripsi kepada masalah yang hendak diatasi
b)                  suatu sebab perbincangan atau jalan untuk selesaikan masalah
c)                  selari dengan keputusan dan teori, ianya menentukan penyelesaian
Secara umumnya, standard perakaunan membatasi bahagian ketiga terutamnya standard pengauditan yang mana ianya menimbulkan banyak kontroversi berkenaan dengan ketiadaan teori sokongan dan ketiadaan  pendekatan yang jelas digunakan. Umumnya standard yang ada hanya sampai bahagian satu dan bahagian dua dengan sokongan teori yang sangat ringkas dalam memberi petunjuk kepada tindakan yang dilakukan. Berkait dengan masalah utama yang dihadapi standard, Edey membahagikan keperluan  standard kepada empat jenis yang utama iaitu:
a)                  menyatakan bahawa akauntan harus melaporkan kepada orang ramai tentang apa yang mereka lakukan dengan mendedahkan pendekatan-pendekatan dan andaian-andaian yang digunakan.
b)                  matlamat kepada pencapaian keseragaman dalam persembahan atau penyediaan pernyataan perakaunan.
c)                  melakukan pendedahan terhadap hal-hal khusus di mana para pengguna diminta untuk melakukan pengujian terhadap penilaian yang dibuat.
d)                 memerlukan pembuatan keputusan secara eksplisit dan implisit tentang persetujuan penilaian aset dan penetapan pendapatan.
Terdapat  beberapa sebab atau pertimbangan dalam penetapan standard yang harus diperhatikan iaitu:
a)                  standard dapat menyediakan maklumat tentang kedudukan kewangan, prestasi dan aktiviti firma kepada seluruh pengguna maklumat perakaunan. Maklumat-maklumat ini dianggap jelas, konsisten, boleh dipercayai dan boleh dibandingkan.
b)                  dapat menyediakan akauntan awam dengan panduan dan peraturan tindakan untuk membolehkan mereka membuat pengujian secara berhati-hati dan bebas apabila menggunakan keahlian dan integritinya dalam mengaudit laporan firma serta membuktikan kewajaran laporan tersebut.
c)                  dapat menyediakan pangkalan data dengan pelbagai variabel yang penting kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan menguruskan hal percukaian, undang-undang perniagaan, perancangan dan undang-undang ekonomi  dan meningkatkan kecekapan ekonomi serta matlamat sosial yang lain.
d)                 standard menghasilkan prinsip dan teori yang penting bagi seluruh pihak yang berkepentingan dalam disiplin ilmu perakauanan. Penggunaan standard menimbulkan banyak kontroversi dan perdebatan baik dalam lingkungan praktik ataupun akademik yang mana ianya sebuah keadaan yang lebih baik daripada tidak mempedulikannya(sikap yang apatik).

No comments:

Post a Comment